BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 16, 2011

Kesedihan dan Kegembiraan.

Bila mana keputusan peperiksaan meraih genggaman, satu kebahgiaan melanda. Bila mana 7 A sudah ada dalam pandangan, satu kebahgiaan melanda. namun bila B dan C mula bertandang mencacatkan rekod keputusan, hati mula gelisah. Ketenangan terpagut dek keputusan yang ku rasakan ngeri juga. Bukan aku tak cuba, namun apakan daya.

Usaha tangga kejayaan, Putus asa? Bukan aku.

Tuesday, June 14, 2011

Emosi Bergolak

Bismillah~
Saat kisah ini bertinta hatiku masih diremuk suasana.
Aku dalam keadaan tidak berapa baik. Emosiku bergolak dek kerana ujian yang sekelumit cuma. Komputer besar ku yang aku gunakan untuk menyimpan segala khazanah yang pernah aku tintakan tidak mahu hidup. Puas sudah aku menyumpah seranah  benda itu. Dan sekarang aku menggunakan komputer riba kakak ku sahaja.

Bila hati sudah bengang, bertambah bengang lagi dengan permainan komputer yang tidak mahu terbuka sehingga sekarang. Aku sudah tidak punya kesabaran lagi. Selamat tinggal la kawan!

Kau benar-benar menguji kesabaranku.

Saturday, June 11, 2011

Coretan Kenangan.

Salam~
Reminder : This ain't a cool post at all.

Hari ini tiada apa yang menarik hendak ku khabarkan. Cuma lintasan hati yang bertandang menapak di dalam hati. aku terbaca diari ku satu masa dahulu. Heh, memang agak lucu dan menyayat hati juga. Banyak kenangan yang masih belum aku tintakan dalam bentuk penceritaan dan penulisan berideologi murah seperti yang sering aku lakukan. Dan sekarang aku agak sibuk dengan persiapan persekolahan yang bakal meyusul kamus takdir aku selepas ini.




Aku juga agak sibuk memikirkan topik yang bakal aku selitkan dalam pertandingan cerpen yang ingin aku sertai. Doakan aku berjaya hendaknya. Sekarang juga aku sedang sibuk mencurahkan pahatan hati tentang seorang Ranting Kering tentang imaginasi kisah hidupku yang aku harap akan menjadi kenyataan. Heh, namun manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.

Dan untuk menulis tentang itu, aku banyak berangan dan menyendiri juga. Untuk menceritakan Sejarah Cinta Kita bukan sesuaru yang mudah, apatah lagi aku masih belum pernah melalui detik dan waktu itu. Dan masih belum tercapai akalku untuk menitip bahagia buat pasangan ini. Bukan mudah. Penceritaan aku mungkin nampak ringkas nantinya kerana aku tahu masih banyak yang belum aku rasai dengan pengalaman sendiri. Tapi imaginasi membawa aku ke lembah ini, dan aku tidak punya kekuatan untuk menolak ideologi murah yang bertandang di dalam kotak fikiran yang selalu di luar kotak sebenarnya.

Aku tidak meminta anda, anda dan anda memahami coretan ini sekadar berkongsi kenangan dan imaginasi aku tentang penceritaan seorang Ranting Kering dan dititipkan juga di sini satu peringatan. Menulis bukan benda senang yang boleh dijayakan dengan hanya satu masa dan keadaan. Seseorang penulis itu mestilah mempunyai banyak pengalaman dan kaya dengan kosa kata bahasa ibunda yang kian dilupakan. Seperti mana yang aku banyak belajar daripada penulis tempatan itu sendiri.

Dan untuk berjaya dalam bidang ini, perlukan banyak pengorbanan. Tetapi jangan risau. Sekali anda sudah menulis, anda akan tetap menjadi seorang penulis. Dan anda juga jangan berputus asa untuk menulis. Kerana jika anda berhenti menulis terlalu sukar untuk memulakannya kembali. Idea tidak datang sekali gus. Idea kan berubah-rubah jadi tidak salah kalau kita tidak punya idea untuk meneruskan penceritaan. Tetapi simpanlah khazanah itu dan sambung bila ada mood nanti. Percaya hati.

Sekian, titipan aku hari ini.